Wednesday, August 12, 2009

Refleksi Hari Kebangsaan

Pada tanggal 9 Ogos yang lalu, Singapura telah merayakan ulang tahunnya yang ke 44 tahun. Di sini lah, warga Singapura dapat beramai-ramai menonton Perbarisan Hari Kebangsaan di televisyen mahupun di Stadium Marina Bay. Singapura telah melalui berbagai rintangan untuk mencapai kemerdekaan dan kini SIngapura adalah salah satu di antara yang maju. Semua ini dapat diraih kerana kerja keras ahli politik untuk memajukan negara yang jumlah penduduk kita kecil ini. Singapura telah maju dari segi teknologi, pertahanan yang setiap kali dipertingkatkan.

Tahun ini, tema bagi Hari Kebangsaan sangat istimewa. "Come together, Reaching Out, Reaching Up."Hari kebangsaan merupakan hari di mana kita dapat mengenang kembali masa-masa susah dan senang yang Singapura telah dihadapi warga Singapura. Tiap tahun pelbagai organisasi telah menyiapkan sajian hiburan di stadium untuk menyambut Hari Kebangsaan yang sangat meriah ini.

Tuesday, May 26, 2009

Satu Peristiwa Yang Mengubah Hidup Anda

Nasi sudah menjadi bubur. Aku tidak dapat lagi memutar balik waktu dan menyadari akibat yang akan terjadi jikalau aku masih tetap dnegan keinginan ku itu. Semuanya sudah terjadi. Aku menyesali setiap keputusan yang aku ambil. Ia boleh dikatakan keputusan yang sangat bodoh. Aku tidak pernah memikir kalau ia akan berakhir seperti ini. Aku sering menangis, meraung, meratapi kesalahan besra yang aku telah lakukan. Namun, aku tidak berdaya untuk melakukan apa-apa lagi. Mengapa aku sangat bodoh? Aku mengimbas kembali peristiwa pahit itu.

Keadaan keluargaku yang sangat sederhana tiodak membolehkan aku untuk berbelanja mengikut suka hati. Keluargaku sering terbelenggu kerana masalah duit. Aku sangat risau dengan keadaan aku ini. Kadangkala, aku rasa sudah tidak sanggup lagi untuk menjalani hidup seperti ini. Adik-beradik ku yang berumur dari 2 tahun hingga 13 tahun itu sering merungut kerana tidak dapat makan makanan enak seperti rakan-rakan mereka. Aku hanya memberi mereka nasihat dan memberitahu mereka bahwa ini adalah arus kehidupan yang harus dihadapi setiap manusia yang wujud dalam dunia ini. Memang tidak semua orang mempunyai masalah yang sama tetapi setiap manusia tidak luput dari masalah. Aku juga tahu bahawa umurku masih belum cukup untuk melamar pekerjaan. Niatnya memang ingin membantu ibu-bapaku. Ibuku hanya seorang suri rumahtangga manakala ayahku pula adalah seorang pekerja kilang yang berpendapatan rendah. Ayah selalu rasa bersalah. Memang susah untuk mencari pekerhjaan zaman sekarang ini. Kemampuan ayahku tidaks ebanding dengan pekerjaan-pekerjaan yang pendapatan nya lebih. Aku dapat membaca kebimbangan yang terpancar dalam diri ayah. Tidak dapat dinafikan lagi, keluargaku sedang melanda masalah keuangan yang sangat besar.

Di sekolah, aku memang tidak punya sahabat karib. Itu menambahkan lagi kesedihanku yang tak kunjung henti. Aku tidak mempunyai teman untuk membantuku dan mendengar segala keluh-kesah yang akus edang alami saat itu. Aku hanya mempunyai sekumpulan teman tetapi watak dan latar belakang keluaraga mereka sangat bertolak belakang dneganku. Mereka terlahir dari keluarga yang berada. Ini boleh dilihat dari beg, kasut dan peralatan sekolah yang mereka kenakan. Jauh beza sekali dnegan aku. Aku tidak berani untuk menyapa mereka kerana pastinya mereka tidak akan menerimaku sebagai teman mereka. Namun demikian, perkiraan aku salah. Pada suatu hari, mereka, Lina, Shida & Sarah datang menyapaku. Terperanajt sekali. Tidak ku sangka mereka ingin berbual dneganku. Rasa gembira meruap di dadaku. Mereka mula menayakan keadaan keluargaku. Aku pun menceritakan. Dari tatapan wajah mereka, mereka terlihat sangat prihatin terhadap masalah yang sedang melanda keluargaku. Mereka pun menawarkan bantuan uang kepadaku. Pada mulanya, aku menolak kerana rasa tidak sedap hati.

" Kita nak bantu kau. Terimalah bantuan kami ni. Kami ikhlas. ", seru Lina yang memberi senyuman sinis kepada teman-temannya. " Hmm, baiklah. Aku terima. Terima kasih ya!", aku menjawab dnegan kegirangan. " Tapi....", Shida pun mencuit Sarah yang sedang berkhayal. "Tapi apa?", aku bertanay dengan kebingungan, aku dapat merasakan ad ayang tidak kena dengan mereka. " Tapi ada syarat tau. ", sahut Sarah yang tersedar dari dunia khayalannya itu.

Aku mengerut kepalaku sejurus sahaja mendengar pernyataan Sarah itu. Aku menjadi curiga. Benarkah mereka ikhlas? Atau ada udang di sebalik batu? Lina yang sedang duduk bersebelahan denganku membisikkan sesuatu ke telingaku. Mataku terbeliak mendengar kata-kata yang terucap dari mulut Lina. Aku menggelengkan kepala, tanda tidak setuju. Aku terus berdiri berjalan beredar dari kelas. Tetapi aku ditahan oleh Lina. Dia menarik tanganku dan meyebut tentang uang. Aku bingung. Perkara yang disuruh mereka amat lah berbahaya konsekuensinya. Aku memberitahu bahawa aku memerlukan waktu untuk memmikirkan lagi tawaran mereka itu. Perkataan "uang" sering menghampiri diriku. Aku semakin terbelenggu. Tetapi, aku tidak mempunyai banyak masa dan aku pun membuat keputusan pada malam itu juga. Keesokan harinya, aku bertemu dengan mereka. Aku mengangguk tanpa sebarang perbualan dnegan mereka. Mereka pun terlihat sanagt bahagia sekali. Pada ahri itu juga, aku melaksanakan tugas yang mereka arahkan. Sebelumnya, mereka sudah pun menyrahkan sebuah sampul yang berisi uang. Hatiku berdegap-degup. Aku mengambil apa sahaja yang mereka pinta dan menyelipkannya di dalam beg aku. Aku pun berjalan keluar. Ternyata, segala kelakuanku tadi, telah tertangkap dalam CCTV. Pegawai keselamatan pusat membeli-belah itu menahan aku dan dia terus menggeldah beg aku. Aku menjenguk di luar kedai itu dan Lina, hida & Sarah sudah tidak ada di situ lagi. Dari saat itu lah aku menyedari bahawa mereka telah menipuku.

" Mira, Mira!!" aku tersentak. Dari tadi, penyapu yang ingin aku gunakan untuk menyapu halaman rumah ini bersandar di badanku. Penjaga yang menjaga anak-anak remaja di rumah tumpangan anak-anak nakal ini rupanya yang menegurku untuk bersambung bekerja. Kini, aku tinggal bersama remaja-remaja yangs eumuran dengan aku. Aku sudah berjauhan dengan keluargaku. Keputusan bodohku menyebabkan aku terlantar di sini. Dengan ini, hidup aku berubah seratus lapan puluh derajat. Padahal aku berniat untuk memberikan uang itu kepada ibu dan ayahku. Tetapi aku rasa ini adalah jalan yang terbaik kerana mereka tidak menggunakan uang haram dari Lina, Shida & Sarah. Aku menyesal sekali. Tiada apa yang aku boleh buat lagi. Hidupku sudah benar-benar berubah.

Thursday, April 23, 2009

Surat Kiriman Rasmi

Nur Amira Bte Azmir
Blok 491C Tampines St 45
#02-214
Singapura 522491

21 April 2009

Pengurus Syarikat Sistic
Kaunter Sistic, tingkat #01-34
Tampines Mall
Tuan

Perkara : Aduan mengenai perkhidamatan yang kurnag memuaskan

Merujuk kepada perkara yang di atas, saya ingin membuat aduan mengenai perkhidmatan yang kurang memuaskan sewaktu saya membeli tiket di kaunter Sistic anda. Saya ingin membuat beberapa saranan supaya perkhidmatan anda dapat diperbaiki lagi.

Dua minggu yang lalu, saya telah menerima khabar bahawa penyanyi Amerika, David Archuleta akan datang ke Singapura untuk mengadakan sebuah pertemuan bersama peminat-peminatnya di sini. Sejurus sahaja saya mendengar khabar itu, saya langsung menelefon sahabat saya untuk mengajak nya menonton bersama. Syaa dah rakan saya pun bertemu di Kaunter Sistic berdekatan untuk mendapatkan tiket secepatnya suapay dapat menontonnya pada malam itu juga. Sewaktu membeli tiket tersebut, ada beberapa masalah yang timbul. Salah satu masalah nya ialah, kaunter bagi menjual tiket hanya dibuka satu sahaja. Akibatnya, barisan beratur menjadi sangat panjang. Setiap pelanggan yang beratur merungut kerana harus menunggu. Dengan tidak adanya satu atau dua lagi yang terbuka, penjualan tiket akan menjadi lambat. Ramai pasti akan kecewa dengan perkhidmatan seperti ini.

Selain itu, masalah lain yang timbul adalah penjual tiket itu bersikap kurang sopan terhadap para pelanggannya. Dia telah memarahi dan membentak jika ada sesiapa sahaja yang menanyakan pertanyaan. Sifatnya yang kurang menyenangkan itu membuat saya rasa tidak selesa. Walaupun kami sudah menanya dengan baik, tetapi dia tetap dengan sikap nya yang agak agresif itu. Niat kami yang sebelumnya mahu menonton David Archuleta hancur sudah. Bukan itu sahaja, dia juga tidak memberi wang kembalian dengan betul. Kemarahan dia sebelumnya dapat membuat dia hilang konsentrasi dan akhirnya menjejas kerjanya sewaktu mengembalikan wang kepada para pelanggan. Saya juga memerhatikan barisan untuk beratur. Sepertinya, satu hadangan harus dibuat supaya mereka hanya berdiri di satu barisan dan tidak ada ornag yang memotong barisa. Ini juga memudahkan semua orang yang beratur.

Dengan masalah-masalah yang telah saya jelaskan, saya ingin sekali memberi saranan-saranan supaya pekhidmatan tuan dapat diperbaiki lagi. Untuk masalah kaunter, pihak syarikat Sistic seharusnya mengambil lagi pekerja untuk mengisi kaunter-kaunter yang kosong. Ia akan lebih membuka ruang untuk pelanggan-pelanggan membli tiket. Saya rasa pekerja tuian perlu menjalani beberapa kursus untuk melayan pelanggan dengan baik. Ini akan membantunya juga untuk lebih menjaga dan mengawal emosinya. Saranan terakhir saya ialah mengadakan penghadang di barisan untuk beratur. Ini sangat penting untuk memastikan tiada orang memotong barisan dan semua akan orang akan menjadi lebih teratur jika sedang menunggu giliran.

Akhir sekali, saya berharap tuan akan mempertimbangkan saranan-saranan ini supaya dapat memperbaiki perkhidmatan tuan. Saya juga berharap tuan akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pekerja tuan yang kurang sopan itu. Tuan dapat memulakan ini dengan memberi amaran kepadanya. dengan itu, dia akan sedikit sebanyak menyadari bahawa dia telah membuat kesalahan yang besar. Terima kasih kerana sudi membaca surat ini. Sekian terima kasih.

Yang benar
tandatangan
(Nur Amira Bte Azmir)

Thursday, April 2, 2009

Persahabatan Kaum Antarabangsa

"Persahabatan bagai kepompong", itulah sebaris lirik dari sebuah lagu mengenai pershabatan. Persahabatan bagai kepompong, yang dulunya ulat an terus ia menjadi kupu-kupu. Sama jug aseperti persahabatan kita dengan sahabat-sahabat kita sendiri. Hari persahabatan kaum antarabangsa memang patut dialu-alukan supaya kita juga mempunyai semacam komunikasi dan interaksi bersama sahabat-sahabat kita di luar negara. Bukan sahaja sahabat lokal tetapi sahabat antarabangsa juga harus ada.

Setiap tahun, sekolah saya pasti akan mengadakan berbagai aktiviti menarik yang bersangkut-paut dengan Hari pershabatan untuk pelajar-pelajar di sekolah. Apatah lagi, di sekolah saya mempunyai beberapa pelajar yang datang dari luar negara dan telah datang ke Singapura untuk berlajar di sini. Negara-negara ini termasuk China, Thailand, Myanmar, Korea dan juga negeri jiran kita, Malaysia. Jadi kita tidak perlulah bersusah payah pergi ke luar negara hanya untuk mencari teman berlain kaum. Pada tahun lalu, sekolah saya telah mengadakan beberapa aktiviti yang amat menarik perhatian para pelajar. Pihak sekolah telah mempamerkan makanan-makanan khas dari berbilang kaum. Memang susah untuk mendapatkan makanan-makanan luar negara, tetapi kita tidak boleh lupa bahawa Singapura adalah sebuah negara yang berbilang bangsa, Dengan itu, sekolah saya juga telag mempamerkan makanan berbilang bangsa di SIngapura supaya bangsa lain lebih mengetahui dan mengenali.

Selain itu juga, para penari dari kelab tarian telah menyiapkan pertunjukan tarian dari negara Sepanyol. Saya juga terlibat dalam persembahan tersebut. Sebenarnya, saya rasa agak kekok kerana itulah kali pertama saya mencuba tarian itu. Dengan hanya sekali latihan, saya dan teman-teman tarian saya dapat menghibur para pelajar yang sedang menyaksikan. Ada juga segmen mendedikasikan lagu. Memang sangat meriah sekali suasana pada hari itu. Semua pelajar dapat menikmati aktiviti-aktiviti yang disediakan. Banyak lagio yang kita dapat lakukan untuk menyambut perayaan yang penting ni.

Pada tahun ini pula, pihak sekolah telah mengundang tiga orang penari dari sebuah kelab tarian, untuk membuat persembahan tarian kontemporari di sekolah saya. Apa yang menarik tentang tarian ini adalah penari-penarinya yang berasal dari tiga negera yang berbeza, Singapura, China dan juga Hong Kong. Luar biasa sekali. Mereka dapat menghasilkan sebuah koreografi di sebalik perbedaan budaya dan bahasa itu. Ini menunjukkan bahawa sebuah kerjasama dapat berhasil walaupun ada perbedaan antara kita.

Perbedaan antara kaum akan lebih mengeratkan tali persahabatan kita kerana kita dapat berkongsi budaya dan bahasa kita kepada seseorang yang berbeda kaum. Tidak semestinya mereka harus mengikuti gaya hidup kita tetapi dengan adanya perkongsian, kita juga dapat mempelajari sesuatu yang baru. Bagi saya, sebuah persahabatan itu sangat penting dalam hidup saya. Siapa yang akan mendengar semua keluh-kesah kita? Sahabat merupakan aset terpenting di dalam kehidupan kita, Kita boleh sahaja berteman dengan orang yang mempunyai persamaan tetapi adakah itu cukup? Kita harus memperluas lagi pertemanan kita. Semoga dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini di sekolah, ia akan membuka lebih banyak peluang untuk bershabat dengan kaum lain.

Tuesday, March 31, 2009

Tips Untuk Karangan Ekspositori

Definisi
Informasi
Analisis

Isi
Bukti
Ulasan kecil

Kesimpulan
Ummph

:D

Thursday, March 26, 2009

Hujung Minggu Yang Menggembirakan

Pada hari sabtu lalu, tanggal 21 March saya telah mula menerima ucapan selamat hari ulang tahun saya yang sebnarnya jatuh pada tanggal 22 March. Saya sangat gembira kerana ada ramai juga yang mengingati hari ulang tahun saya. Pada hari itu juga saya telah menonton rancangan realiti pertandingan nyanyian untuk anak - anak kecil di Indoinesia. Itu adalah salah satu rancangan kegemaran saya sejak tahun lalu. Ini adalah tahun kedua rancangan televisyen ini diadakan. Ia sangat popular hingga ke merata Asia. Negara-negara jiran seperti Brunei, Malysia, Hong Kong & Singapura juga dapat menikmati rancangan yang sangat seronok ini. Rancangan pada hari Sabtu itu lebih istimewa lagi kerana ia adalah babak terakhir untuk menentukan siapakah pemenang bagi pertandingan nyanyian. Saya sangat meminati rancangan ini kerana bakat-bakat nyanyian merka sangat luar bisa. Bukan itu sahaja, mereka juga pintar. Tetapi ada juga yang memasuki pertandingan itu untuk memperbaiki pendapatan keluarga. Orang ramai yang menonton harus undi menggunakan teknologi 'SMS', setiap minggu akan ada seorang peserta yang harus meninggalkan pertandingan ini. Apa yang telah membuat saya gembira pada hujung minggu lalu ialah kerana kedua-dua peserta yang masih bertahan merupakan salah satu finalis kegemaran saya. Potensi mereka untuk menjadi seorang bintang terkenal sangat terlihat. Saya sangat menyokong bakat-bakat anak-anak ini kerana mereka adalah generasi baru yang dapat mengharumkan nama negara mereka sendiri. Di sebalik itu, mereka juga akan belajar untuk menerima kekalahan dan mereka tidak boleh berputus asa. Hari itu memang hari yang sangat menggembirakan! Saya sangat terpukau melihat penampilan mereka yang heboh di panggung yang megah di Jakarta. Saya juga rela untuk meluangkan masa pada hari Sabtu itu hanya untuk menonton rancangan itu. Tidak sabarnya menunggu tanggal 28 March, hari penentuan siapakah pemenang pertandingan itu.

Hari Minggu, tanggal 22 March, memang hari yang istimewa untuk saya. Hari yang menyenangkan saya kerana ia adalah hari ulang tahun saya yang ke-16. Walaupun tidak ada parti atau acara meriah untuk saya, tapi saya sudah bersyukur kerana sebuah ucapan ulang tahun lebih bermakna dari hadiah. Ibu saya pun mengajak saya ke Singapore Expo untuk berbelanja kerana ada jualan murah makanan halal. Tidak sabar rasanya untuk berjalan-jalan dengan ibu saya kerana sudah seklian lama saya ingin keluar tetapi masa tidak mengizinkan. Sejurus sampai di sana, ibu saya membelikan saya donat dari gerai 'Donut Empire' kerana ada promosi yang telah mereka tawarkan. Saya dan ibu saya juga mengunjungi gerai-gerai lain yang menjual makanan-makanan yang enak. Setelah penat berjalan, aku pun mengunjungi Sinagpore Expo hall empat di mana ada 'Popular Sale'. Saya pun berbelanja keperluan sekolah saya. Akhirnya, aku dan ibuku pun pulang. Pada malam harinya pula, bapa saya pulang membawa kek yang dibuat khas untuk saya. Hadiah yang sngat istimewa dari makcik saya kerana dialah yang membakar kek itu sendiri. Aku pun memotong kek itu dan mengajak ibu dan bapaku menikmati kek brownie itu. Hari Minggu itu memang hari yang sangat menggembirakan. Saya memang tidak dapat banyak hadiah tetapi dengan orang mengingati hari ulang tahun saya sudha mencukupi. Saya sangat berterima kasih sekali bagi semua yang telah mengingati dan mengucapkan kepada saya. Terima Kasih! :D Sahabat-sahabat karib aku juga tidak boleh dilupakan, hadiah yang mereka telah berikan sehari selepas hari ulang tahun saya sangat berharga. Terima kasih juga ya! (: